Wednesday, May 21, 2008

Kluang Station, Ikano Mutiara Damansara



Kluang Station di Mutaiara Damansara? Asalnya, memang ada sebuah warong kopi di Kluang Railway Station yang sangat popular dengan kopi dan roti bakarnya. Diceritakan oleh pekerjanya, restoran ini adalah milik anak saudara kepada pengasas warong tersebut yang masih beroperasi di Kluang.



Hiasan dalaman restoran ini membuatkan kita merasakan seperti berada di stesen keretapi. Perabot yang digunakan sangat klasik dan sesuai dengan konsep restoran ini. Sekali pandang macam tak percaya yang restoran ini terletak di tingkat atas Ikano Power Center.






Kalau silap masa datang ke restoran ini belum tentu terus dapat duduk. Kadang-kadang ada pengunjung yang sanggup menunggu dan berdiri di sekitar restoran sehingga ada tempat kosong. Gambar ini diambil pada jam 9.45 malam dan masih ramai lagi yang sedang menjamu selera di malam minggu.



Inilah roti bakar yang perlu dicuba. Memang sedap dengan resipi kaya kelapa tersendiri. Satu set ni tak cukup kalau pertama kali datang, mesti nak cuba lagi. Kalau yang lebih meminati roti keping, ia juga disediakan. Harganya sangat berpatutan hanya RM2.40.



Kepada yang meminati masakan barat tidak perlu risau kerana Chicken Chop Hinanese pasti tidak menghampakan. Rasanya sungguh tersendiri dengan sentuhan rasa tempatan. Harganya hanya RM11, pasti tidak menyesal jika mencubanya.



Ini pula adalah kegemaran saya, Kluang Mee Siam. Nampak macam biasa je, tapi rasanya boleh buat mengidam jika teringatkannya. Ramuannya sangat luar biasa, tidak perlu rencah yang banyak tapi hidanganya sudah cukup menyelerakan. Kalau tak cukup sepinggan boleh cuba lagi kerana harga sepinggan hanyalah RM5.50.



Kepada yang ingin mencuba, bolehlah melihat menu ini. Macam-macam pilihan yang ada. Selamat mencuba!

No comments: