Sunday, July 20, 2008

Balines Tom Yam Seafood, Sg. Buloh

Selamat datang ke Balines Tom Yam Seafood. Kedai makan ni terletak di Sungai Buloh, melalui jalan ke Hospital Sungai Buloh kemudian selepas lampu isyarat pertama belok ke kanan dan terus saja. Kedai ini terletak di sebelah kanan jalan.



Beginilah rupa kedainya, cantik dengan ciri-ciri reka bentuk tersendiri. Sekali pandang macam di Bali, Indonesia.

Ruang makannya agak terhad tetapi masih selesa untuk menjamu selera. Ada pelanggan yang datang dari Damansara ke sini untuk menikmati tom yam.


Inilah tom yam yang diceritakan. Memang sedap, rasanya semua cukup dan yang paling penting tidak berapa pedas sangat dan kuahnya boleh dihirup seperti sup.


Siakap masam manis. Emmmh, ikannya yang rangup dengan curahan sos masam manis membuatkan nasi sepinggan belum tentu cukup.




Ini pula sotong goreng tepung. Hidangannya biasa tapi tidak menghampakan. Harga makanan disini sangat berpatutan dan hidangannya cukup memuaskan.



Selamat Mencuba







Thursday, July 3, 2008

Kedai Kopi Hai Peng

Inilah Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di tengah bandar Kemaman. Tengok dari jauh seperti restoran biasa tapi belum cuba belum tahu lagi.
Tengok tu, macam-macam hidangan sarapan disediakan. Tapi yang paling glamour disini adalah roti bakar dan kopi.
Inilah secawan kopi yang dihidangkan. Kopinya diproses sendiri, memang lain rasanya. Tersendiri dan pasti tak dapat di kedai lain.
Ini pulak roti bun bakar. Kaya diproses sendiri. Campuran marjerin dan kaya yang sekata membuatkan rasa masin dan manis yang secukupnya.
Kalau rasa tak puas minum di kedai. Boleh bawak balik tapi bukan percuma, kopi segera Hai Peng pun ada dijual.
Kalau nak rasa seperti menikmati kopi di kedai walaupun berada di rumah, cawan ini pun ada dijual. Hanya RM 5 saja satu. Kalau nak buat buah tangan untuk saudara mara pun boleh.
Inilah sebahagian hiasan dalaman kedai ini. Jangan terkejut bila melihat barang-barang antik yang tak pernah dilihat sebelum ni.

Inilah antara hidangan yang disediakan. Tak perlu risau, harganya sangat berpatutan dan hidangannya sangat memuaskan.
Selamat Mencuba!!!



































Wednesday, May 21, 2008

Kluang Station, Ikano Mutiara Damansara



Kluang Station di Mutaiara Damansara? Asalnya, memang ada sebuah warong kopi di Kluang Railway Station yang sangat popular dengan kopi dan roti bakarnya. Diceritakan oleh pekerjanya, restoran ini adalah milik anak saudara kepada pengasas warong tersebut yang masih beroperasi di Kluang.



Hiasan dalaman restoran ini membuatkan kita merasakan seperti berada di stesen keretapi. Perabot yang digunakan sangat klasik dan sesuai dengan konsep restoran ini. Sekali pandang macam tak percaya yang restoran ini terletak di tingkat atas Ikano Power Center.






Kalau silap masa datang ke restoran ini belum tentu terus dapat duduk. Kadang-kadang ada pengunjung yang sanggup menunggu dan berdiri di sekitar restoran sehingga ada tempat kosong. Gambar ini diambil pada jam 9.45 malam dan masih ramai lagi yang sedang menjamu selera di malam minggu.



Inilah roti bakar yang perlu dicuba. Memang sedap dengan resipi kaya kelapa tersendiri. Satu set ni tak cukup kalau pertama kali datang, mesti nak cuba lagi. Kalau yang lebih meminati roti keping, ia juga disediakan. Harganya sangat berpatutan hanya RM2.40.



Kepada yang meminati masakan barat tidak perlu risau kerana Chicken Chop Hinanese pasti tidak menghampakan. Rasanya sungguh tersendiri dengan sentuhan rasa tempatan. Harganya hanya RM11, pasti tidak menyesal jika mencubanya.



Ini pula adalah kegemaran saya, Kluang Mee Siam. Nampak macam biasa je, tapi rasanya boleh buat mengidam jika teringatkannya. Ramuannya sangat luar biasa, tidak perlu rencah yang banyak tapi hidanganya sudah cukup menyelerakan. Kalau tak cukup sepinggan boleh cuba lagi kerana harga sepinggan hanyalah RM5.50.



Kepada yang ingin mencuba, bolehlah melihat menu ini. Macam-macam pilihan yang ada. Selamat mencuba!

Monday, May 5, 2008

Mok Su Nasi Dagang, Sungai Buloh




Kalau dari Sungai Buloh ke pekan Kuang, jangan lupa singgah ke Gerai Mok Su Nasi Dagang. Tapi kena lah datang pada waktu yang betul kerana gerai ini hanya menyediakan makanan untuk sarapan. Nasi dagang Mok Su antara menu yang paling terkenal bagi penduduk di sekitar Sungai Buloh dan Kuang. Kalau sekali rasa pasti nak cuba lagi.






Kalau datang ke gerai dalam pukul 10.00, biasanya dah habis nasi dagang ni. Satu periuk besar boleh habis dalam beberapa jam sahaja. Sekali datang mesti beli berbungkus-bungkus.





Semua masakan berasal dari negeri Kelantan. Selain daripada Nasi Dagang, menu lain seperti Laksam, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Nasi Berlauk dan kuih muih dari pantai timur. Harga pun sangat berpatutan, Nasi Dagang dalam RM3.50 sepinggan.


Tak susah nak ke gerai ni. Dari pekan Sungai Buloh, kita boleh melalui Jalan Kuala Selangor dan belok ke kanan selepas lampu isyarat di Balai Polis Sungai Plong. Gerai ni lebih kurang 1 km dari simpang di sebelah kiri jalan.


Selamat Mencuba...