Sunday, July 20, 2008

Balines Tom Yam Seafood, Sg. Buloh

Selamat datang ke Balines Tom Yam Seafood. Kedai makan ni terletak di Sungai Buloh, melalui jalan ke Hospital Sungai Buloh kemudian selepas lampu isyarat pertama belok ke kanan dan terus saja. Kedai ini terletak di sebelah kanan jalan.



Beginilah rupa kedainya, cantik dengan ciri-ciri reka bentuk tersendiri. Sekali pandang macam di Bali, Indonesia.

Ruang makannya agak terhad tetapi masih selesa untuk menjamu selera. Ada pelanggan yang datang dari Damansara ke sini untuk menikmati tom yam.


Inilah tom yam yang diceritakan. Memang sedap, rasanya semua cukup dan yang paling penting tidak berapa pedas sangat dan kuahnya boleh dihirup seperti sup.


Siakap masam manis. Emmmh, ikannya yang rangup dengan curahan sos masam manis membuatkan nasi sepinggan belum tentu cukup.




Ini pula sotong goreng tepung. Hidangannya biasa tapi tidak menghampakan. Harga makanan disini sangat berpatutan dan hidangannya cukup memuaskan.



Selamat Mencuba







Thursday, July 3, 2008

Kedai Kopi Hai Peng

Inilah Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di tengah bandar Kemaman. Tengok dari jauh seperti restoran biasa tapi belum cuba belum tahu lagi.
Tengok tu, macam-macam hidangan sarapan disediakan. Tapi yang paling glamour disini adalah roti bakar dan kopi.
Inilah secawan kopi yang dihidangkan. Kopinya diproses sendiri, memang lain rasanya. Tersendiri dan pasti tak dapat di kedai lain.
Ini pulak roti bun bakar. Kaya diproses sendiri. Campuran marjerin dan kaya yang sekata membuatkan rasa masin dan manis yang secukupnya.
Kalau rasa tak puas minum di kedai. Boleh bawak balik tapi bukan percuma, kopi segera Hai Peng pun ada dijual.
Kalau nak rasa seperti menikmati kopi di kedai walaupun berada di rumah, cawan ini pun ada dijual. Hanya RM 5 saja satu. Kalau nak buat buah tangan untuk saudara mara pun boleh.
Inilah sebahagian hiasan dalaman kedai ini. Jangan terkejut bila melihat barang-barang antik yang tak pernah dilihat sebelum ni.

Inilah antara hidangan yang disediakan. Tak perlu risau, harganya sangat berpatutan dan hidangannya sangat memuaskan.
Selamat Mencuba!!!